Friday, July 7, 2017

TERJUN DALAM DUNIA PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG


RASAI KEENAKAN DAGING AYAM MKUSRATI

BIDAN TERJUN

Teringat masa berhenti kerja 5 tahun lepas masa umur 24 tahun tanpa berfikir panjang terus menceburi bidang penternakan..Buat kerja gile, elok-elok kerja dah ada gaji tetap,ni berhenti sampaikan ayah cakap cmana masa depan nanti bila dah bekeluarga ko nak tanggung anak org. Biasa lah degil nak berniaga sendiri tak nak dengar cakap ibu bapa Ego berhenti la kerja dengan income tiada buat bisnes ternakan..Memang perit pasal ilmu modal pegalaman nak meniaga tiada tapi nak jdi bos..sampaikan ada rakan cakap ko tak layak nak jadi bos syarikat sendiri.😂
Bila dah masuk baru tahu memang perit usahawan ternakan ni tapi pegalaman dan ilmu itu membolehkn kita belajar bagaimna nak mencari duit dan menjana income dalam bidang penternakan yang penting usaha dan sabar..ye la teringat sifu kambing ckp meniaga makan ini sampai kiamat pun org akan makan bro.
InsyaAllah MK USRATI SCHOOL akan berkongsi bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan produk hiliran(tambah nilai) dengan menternak ayam secara kecil-kecilan atau sampingan dan bergelar usahawan ternakan (owner syarikat).


Tuesday, May 2, 2017

AYAM KAMPUNG DARA MELETOP

AYAM KAMPUNG DARA MELETOP..

Nak cuba rasa ayam kampung dara produk Mk usrati Sdn Bhd yang tengah meletop ni.
keluaran bumiputra.
siap proces potong 4.
dicuci,ditoskan sebelum di bungkus.
kelazatan,kekenyalan dan kemanisan.
makanan campuran tersendiri.
produk premium berkualiti dan harga mampu milik.
Boleh di dapati dengan ejen di seluruh selangor kuala lumpur negeri sembilan dan melaka.

Thursday, April 6, 2017

PENJAGAAN SI COMEL


Bagaimana nak menjaga si comel ini, mudah sahaja begini caranya:

1. Playwood 2x8 (5-6keping)
2. Habuk papan
3.Mentol 3biji (100w)
4. Bekas minuman
5. Bekas makanan
6. Canvas
7. Vitamin antistress
8. Glukos
9. NDB 1
10. Data rekod kematian
11. 500 ekor anak ayam kampung kacuk

Tips:

1. Pastikan anak ayam yg tiba dikira dahulu sebelum masuk kedalam kepungan yang dah disediakan(anak ayam sampai waktu malam).
2. Catat bilangan ekor anak ayam di data rekod kematian kebiasaan akan ada extra 1-2 ekor (1kotak).
3. Makanan utk anak ayam pastikan berkualiti (starter 201C) dan air di campur bersama glukos untuk memberi tenaga dan kecergasan pada anak ayam.
4. Nyalakan lampu di waktu malam.
5. Keesokkan pagi diberi minuman vitamin antistress dan selepas 3 hari di beri NDB 1 untuk mencegah penyakit sampar.Reban ditutup dengan canvas.

Mudahkan Jom Ternak Ayam Kampung.

Wednesday, April 5, 2017

JOM MASAK AYAM SHE ZUAN




Bahan-Bahannya:

1 paket ayam kampung mkusrati
200g tepung jagung
50g kacang gajus
20g cili kering
1 inci halia
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang Lead
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu besar pati ayam
2 tangkai daun bawang
1 sudu besar lada hitam

Cara-Cara memasak:
Gaulkan ayam kampung mkusrati bersama tepung jagung dan digoreng sehingga masak.
Panaskan minyak tumis kacang gajus dan cili kering dahulu dan disusuli halia,bawang putih dan bawang kecil yang telah dipotong hiris. Masukkan 1 batang lead yang telah dipotong di tumis sekali dan masukkan sos tiram,kicap pekat, minyak bijan, pati ayam dan sedikit air kacau sehingga mendidih. Akhir sekali masukkn daun bawang, lada hitam dan ayam kampung mkusrati yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan tadi (kuah she zuan) tambah sedikit air,garam dan gula.SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.



SEDAPNYA AYAM KAMPUNG




Adakah anda sudah rasai ayam kampung MK Usrati?

=======================================
Sedikit info yang perlu anda tahu!!
>> Diternak sendiri dari anak hingga dewasa
>> Diberi makanan khasiat dan sedikit campuran herbatu saudda tanpa sebarang antibiotik
>> Proses sembelihan mengikut hukum syarak Islam
>> Rendaman ayam selepas proses cabut bulu tidak terlalu lama hanya bilas shj utk mengekalkan    

      kemanisan daging.
>> Ayam dipotong 4 dan dibilas dgn air bersih
>> Ditos dahulu dan terus dibungkus dgn kemas
>> Disimpan dalam coldroom (-18°) bagi mengekalkan kesegaran daging ayam kampung mkusrati.
=======================================