Saturday, March 25, 2017

BERUSAHA,PENGORBANAN,TIDAK MUDAH PUTUS ASA PERLU ADA PADA SIFAT USAHAWAN


Coretan malam ini,

Dulu masa zaman budak-budak selalu tengok kawan-kawan naik basikal baru main kasut roda beli mainan game tv..Pernah satu hari minta abah beli basikal masa tu abah bukannya gaji besar dengan menyara kami 4 beradik yang masih sekolah. Abah cakap tidak mampu sebab nanti kalo beli satu adik yang lain juga nak beli.Abah pun tidak beli pasal nanti beli bergaduh pulak.walaupun hati memberontak tapi bagi saya tidak ada rezeki..Dari situ belajar berdikari kalau nak sesuatu kena BERUSAHA sendiri. Bermula la mencari barang-barang tepakai di tapak pelupusan sampah.Pada mulanya jumpa body basikal balik rumah repair sikit-sikit simpan dalam stor.Balik sekolah mesti singah di tapak pelupusan kerana nak sangat ada basikal .Hari demi hari mencari pulak tayar basikal sampai 5 - 6 bulan juga baru dapat sebiji basikal dengan usaha sendiri. Sama juga berniaga kalau nak berjaya kena berusaha sendiri pengorbanan masa juga penting,jangan berharap pada sesuatu yang tidak pasti,kelak pasti kecewa nanti.insyaAllah perubahan akan berlaku jika BERUSAHA,BERKORBAN apa sahaja dan TIDAK MUDAH PUTUS ASA,Tuhan itu maha adil.
Banyak perubahan jika kita berusaha.Masa jumpa sifu penternakan 5 tahun lepas teringat lagi nak jadi seperti mereka ada ladang sendiri dan berjaya.Masa mula berniaga selalu idamkan ada sebuah ladang sendiri. Sifu yang berjaya dalam industri ternakan ni rupanya mereka sudah melepasi level atau tahap kesusahan masa mereka jatuh dulu.Mereka berusaha dan tidak mudah putus asa.jangan ingat mereka senang..pengalaman mereka bagi saya tidak ternilai..Kalau dengar sifu yang berjaya ni cerita mao kita pun menagis silap-silap tidak mahu meniaga macam mereka.huhu.sudah lewat malam nanti kita akan sambung lagi...

p/s Jangan ingat hari ini meniaga esok kaya,kalau mcmtu ramai la orang nak meniaga..

Tuesday, March 21, 2017

MK USRATI SCHOOL

**MK USRATI SCHOOL PENTERNAKKAN AYAM KAMPUNG KACUK SECARA   KOMERSIAL*

Mk usrati school merupakan pusat pembelajaran ternakan ayam kampung.

KEPAKARAN DAN PENGALAMAN 5Tahun
>Pengurusan ayam kampung
>Pengurusan kewangan
>Pengurusan stok
>Teknik pemasaran
>Teknik sembelihan dan proses
>Sistem all in all out
>Menyediakan tempat ternakan ayam yang sebenar.

** FREE Sofware dan modul pengiraan kos seekor ayam di bawa khas oleh FOUNDER MK USRATI SDN BHD serta sijil MK Usrati School.

TARIKH SCHOOL (Akan dibuka April 2017)
>>sabtu (8.30pagi-6.00ptg)

MK USRATI SDN BHD
Jalan Haji Husin, Kg Rinching Hilir Bangi 43000 selangor.

RM 300 SAHAJA/seorang

Tempat terhad yang terawal pendaftaran 25org.




Friday, March 3, 2017

JOM SERTAI MKUSRATI SCHOOL PADA MARCH 2017 INI

**MK USRATI SCHOOL PENTERNAKKAN AYAM KAMPUNG KACUK SECARA KOMERSIAL*
Mk usrati school merupakan pusat pembelajaran ternakan ayam kampung.
KEPAKARAN DAN PENGALAMAN
>Pengurusan ayam kampung
>Pengurusan kewangan
>Pengurusan stok
>Teknik pemasaran
>Teknik sembelihan dan proses
>Sistem all in all out
>Menyediakan tempat ternakan ayam yang sebenar.
** FREE Sofware dan modul pengiraan kos seekor ayam di bawa khas oleh FOUNDER MK USRATI SDN BHD.

TARIKH SCHOOL
•11 march-sabtu (8.30pagi-6.00ptg)
•18 march-sabtu (8.30pagi-6.00ptg)
•25 march-sabtu (8.30pagi-6.00ptg)

MK USRATI SDN BHD
Jalan Haji Husin, Kg Rinching Hilir Bangi 43000 selangor.
RM 300 SAHAJA/seorang

Tempat terhad yang terawal pendaftaran 25org.
Pertanyaan dan tempahan

Sunday, September 4, 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJA DI BOGOR DALAM INDUSTRI TERNAKAN AYAM KAMPUNG






Alhamdulilah dapat menimba ilmu di negara jiran Indonesia, Bogor dalam penternakan ayam kampung secara komersial. yang paling teruja dapat bersua muka bersama owner sumber unggas (pembiakan ayam kampung asli) yang dikata terbesar di negara indonesia.

Sunday, May 15, 2016

LESEN TERNAKAN UNGGAS MK USRATI




Ternakan Ayam Kampung MKusrati
Di bawah bimbingan Jabatan Vaterinar Negeri Selangor, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan PPK Beranang.

USAHASAMA AYAM KAMPUNG

Alhamdulilah semoga dipermudahkan segala urusan tepat jam 12.30 tanggal 15 Mei 2016 (AHAD) satu perjanjian MOU telah dilaksanakan USAHASAMA AYAM KAMPUNG antara MK USRATI ENTERPRISE 002188095-H dan ARISPROP SDN BHD  985394-D atas persetujuan bersama DI ladang MK usrati Enterprise.Insyallah diharapkan segala urusan diberkati dan dipermudahkan, JOM MAKAN AYAM KAMPUNG BAIK UNTUK KESIHATAN.

Lawatan kami di ladang ternakan ayam kampung ARISPROP SDN BHD



Wednesday, April 20, 2016

PEMBINAAN RUMAH BSFL UTK MAKANAN TAMBAHAN TERNAKAN MKUSRATI


    Alhamdulilah dalam rangka pembinaan rumah BSFL utk makanan tambahan kepada ternakan ayam kampung mkusrati. Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang tempoh ia dalam betuk seekor lalat.  Ia hanya mengawan dan bertelur.  Pelikkan?  Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat dari lalat ni.  Terutama bagi kita para penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!

    Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah.  Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar bsfl yang mengandungi protein yang tinggi  iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas dan ikan. 
Kandungan nutrient dalam bsfl adalah 17 - 42 % protein.