Saturday, March 25, 2017

BERUSAHA,PENGORBANAN,TIDAK MUDAH PUTUS ASA PERLU ADA PADA SIFAT USAHAWAN


Coretan malam ini,

Dulu masa zaman budak-budak selalu tengok kawan-kawan naik basikal baru main kasut roda beli mainan game tv..Pernah satu hari minta abah beli basikal masa tu abah bukannya gaji besar dengan menyara kami 4 beradik yang masih sekolah. Abah cakap tidak mampu sebab nanti kalo beli satu adik yang lain juga nak beli.Abah pun tidak beli pasal nanti beli bergaduh pulak.walaupun hati memberontak tapi bagi saya tidak ada rezeki..Dari situ belajar berdikari kalau nak sesuatu kena BERUSAHA sendiri. Bermula la mencari barang-barang tepakai di tapak pelupusan sampah.Pada mulanya jumpa body basikal balik rumah repair sikit-sikit simpan dalam stor.Balik sekolah mesti singah di tapak pelupusan kerana nak sangat ada basikal .Hari demi hari mencari pulak tayar basikal sampai 5 - 6 bulan juga baru dapat sebiji basikal dengan usaha sendiri. Sama juga berniaga kalau nak berjaya kena berusaha sendiri pengorbanan masa juga penting,jangan berharap pada sesuatu yang tidak pasti,kelak pasti kecewa nanti.insyaAllah perubahan akan berlaku jika BERUSAHA,BERKORBAN apa sahaja dan TIDAK MUDAH PUTUS ASA,Tuhan itu maha adil.
Banyak perubahan jika kita berusaha.Masa jumpa sifu penternakan 5 tahun lepas teringat lagi nak jadi seperti mereka ada ladang sendiri dan berjaya.Masa mula berniaga selalu idamkan ada sebuah ladang sendiri. Sifu yang berjaya dalam industri ternakan ni rupanya mereka sudah melepasi level atau tahap kesusahan masa mereka jatuh dulu.Mereka berusaha dan tidak mudah putus asa.jangan ingat mereka senang..pengalaman mereka bagi saya tidak ternilai..Kalau dengar sifu yang berjaya ni cerita mao kita pun menagis silap-silap tidak mahu meniaga macam mereka.huhu.sudah lewat malam nanti kita akan sambung lagi...

p/s Jangan ingat hari ini meniaga esok kaya,kalau mcmtu ramai la orang nak meniaga..

No comments:

Post a Comment