Saturday, July 15, 2017
Friday, July 7, 2017
TERJUN DALAM DUNIA PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG
RASAI KEENAKAN DAGING AYAM MKUSRATI
BIDAN TERJUN
Teringat masa berhenti kerja 5 tahun lepas masa umur 24 tahun tanpa berfikir panjang terus menceburi bidang penternakan..Buat kerja gile, elok-elok kerja dah ada gaji tetap,ni berhenti sampaikan ayah cakap cmana masa depan nanti bila dah bekeluarga ko nak tanggung anak org. Biasa lah degil nak berniaga sendiri tak nak dengar cakap ibu bapa Ego berhenti la kerja dengan income tiada buat bisnes ternakan..Memang perit pasal ilmu modal pegalaman nak meniaga tiada tapi nak jdi bos..sampaikan ada rakan cakap ko tak layak nak jadi bos syarikat sendiri.
😂
Bila dah masuk baru tahu memang perit usahawan ternakan ni tapi pegalaman dan ilmu itu membolehkn kita belajar bagaimna nak mencari duit dan menjana income dalam bidang penternakan yang penting usaha dan sabar..ye la teringat sifu kambing ckp meniaga makan ini sampai kiamat pun org akan makan bro.
InsyaAllah MK USRATI SCHOOL akan berkongsi bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan produk hiliran(tambah nilai) dengan menternak ayam secara kecil-kecilan atau sampingan dan bergelar usahawan ternakan (owner syarikat).
Tuesday, May 2, 2017
AYAM KAMPUNG DARA MELETOP
AYAM KAMPUNG DARA MELETOP..
Nak cuba rasa ayam kampung dara produk Mk usrati Sdn Bhd yang tengah meletop ni.
✅ keluaran bumiputra.
Nak cuba rasa ayam kampung dara produk Mk usrati Sdn Bhd yang tengah meletop ni.
Monday, May 1, 2017
PERTANDINGAN USAHAWAN PENTERNAK JAYA NEGERI SELANGOR 2017
Memberi penerangan perjalanan MK Usrati Sdn Bhd kepada juri penilaian dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor.
Thursday, April 6, 2017
PENJAGAAN SI COMEL
Bagaimana nak menjaga si comel ini, mudah sahaja begini caranya:
1. Playwood 2x8 (5-6keping)2. Habuk papan
3.Mentol 3biji (100w)
4. Bekas minuman
5. Bekas makanan
6. Canvas
7. Vitamin antistress
8. Glukos
9. NDB 1
10. Data rekod kematian
11. 500 ekor anak ayam kampung kacuk
Tips:
1. Pastikan anak ayam yg tiba dikira dahulu sebelum masuk kedalam kepungan
yang dah disediakan(anak ayam sampai waktu malam).
2. Catat bilangan ekor
anak ayam di data rekod kematian kebiasaan akan ada extra 1-2 ekor
(1kotak).
3. Makanan utk anak ayam pastikan berkualiti (starter 201C) dan air di campur bersama glukos untuk memberi tenaga dan kecergasan pada anak ayam.
4. Nyalakan lampu di waktu malam.
5. Keesokkan pagi diberi minuman vitamin antistress dan selepas 3 hari di beri NDB 1 untuk mencegah penyakit sampar.Reban ditutup dengan canvas.
Mudahkan Jom Ternak Ayam Kampung.
3. Makanan utk anak ayam pastikan berkualiti (starter 201C) dan air di campur bersama glukos untuk memberi tenaga dan kecergasan pada anak ayam.
4. Nyalakan lampu di waktu malam.
5. Keesokkan pagi diberi minuman vitamin antistress dan selepas 3 hari di beri NDB 1 untuk mencegah penyakit sampar.Reban ditutup dengan canvas.
Mudahkan Jom Ternak Ayam Kampung.
Wednesday, April 5, 2017
JOM MASAK AYAM SHE ZUAN
Bahan-Bahannya:
1 paket ayam kampung mkusrati200g tepung jagung
50g kacang gajus
20g cili kering
1 inci halia
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang Lead
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu besar pati ayam
2 tangkai daun bawang
1 sudu besar lada hitam
Cara-Cara memasak:
Gaulkan ayam kampung mkusrati bersama tepung jagung dan digoreng sehingga masak.
Panaskan minyak tumis kacang gajus dan cili kering dahulu dan disusuli halia,bawang putih dan bawang kecil yang telah dipotong hiris. Masukkan 1 batang lead yang telah dipotong di tumis sekali dan masukkan sos tiram,kicap pekat, minyak bijan, pati ayam dan sedikit air kacau sehingga mendidih. Akhir sekali masukkn daun bawang, lada hitam dan ayam kampung mkusrati yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan tadi (kuah she zuan) tambah sedikit air,garam dan gula.SIAP UNTUK DIHIDANGKAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Terima Kasih kerana sudi like dan komen dekat wall post saya. Berminat nak tahu lebih lanjut te...
-
Ternakan Ayam Kampung MKusrati Di bawah bimbingan Jabatan Vaterinar Negeri Selangor, Kementerian Pertanian d...
-
Tempat perindukan anak ayam pedaging umur 1-7 hari












