Tuesday, March 28, 2017

MK SCHOOL KEMBALI LAGI


**MK USRATI SCHOOL PENTERNAKKAN AYAM KAMPUNG KACUK**

Mk usrati school merupakan pusat pembelajaran ternakan ayam kampung.
KEPAKARAN DAN PENGALAMAN
>Pengurusan ayam kampung
>Pengurusan kewangan
>Pengurusan stok
>Teknik pemasaran
>Teknik sembelihan dan proses
>Sistem all in all out
>Menyediakan tempat ternakan ayam yang sebenar.
** FREE Sofware dan modul pengiraan kos seekor ayam di bawa khas oleh FOUNDER MK USRATI SDN BHD.

TARIKH SCHOOL
•08 April-sabtu (9.00pagi-5.30ptg)
•15 April-sabtu (9.00pagi-5.30ptg)
•22 April-sabtu (9.00pagi-5.30ptg)

MK USRATI SDN BHD
Jalan Haji Husin, Kg Rinching Hilir Bangi 43000 selangor.

RM 300 SAHAJA/seorang
Berserta sijil dan latihan amali proses ayam kampung.
Tempat terhad yang terawal pendaftaran 25org.
Pertanyaan dan tempahan
 

Saturday, March 25, 2017

PERKONGSIAN CERITA PADA AWAL PENGENALAN MK USRATI

Cerita ini untuk motivasi bukan untuk meraih publisiti sekadar coretan pada penternak yang ingin menceburi bidang ini jika suka like atau share,jika tidak abaikan..

Di interview tempoh hari..

En khai kenapa pilih menjadi penternak ayam kg sebagai kerjaya bagaimana tercetus idea ini dan mewujudkan sebuah syarikat MK USRATI SDN BHD En khai dari keluarga berniaga ke anak dato ke atau family senang.

Jawab saya..

MINAT dan ingin membantu family serta berjaya dalam industri penternakan ayam kampung selain itu jadikan ayam kampung sebagai satu kerjaya untuk menyara keluarga. Zaman kecil dulu saya sgt nakal suka lastik burung tangkap ikan mandi sungai kutip barang terpakai kalau balik selalu kena rotan pasl tidak dengar cakap mak abah .kami bukan dari keluarga senang mak saya suri rumah ayah pula masa tu bekerja sbgai tentera sekarang pesara tentera..Lepas habis sekolah saya pernah meniaga kuih tepi jalan masa tu mak buat kuih saya meniaga pada mulanya malu sebagai penjual kuih lama kelamaan menjadi kebiasaan.saya tengok mak bekerja keras bangun pagi menyiapkn kuih hantar tempahan ke sekolah sebelah petang pula meniaga tepi jalan.waktu tu saya ingat sale dalam Rm80-100 meniaga kuih bukan banyak pun .abah masa tu sudah pencen tentera semntara cari kerja bantu mak menyiapkn tempahan kuih untuk menampung pembelanjaan adik yang masih sekolah..
Saya lepasan diploma di uitm belajar sampai tahap tu je.Betul cakap mak abah nak berjaya belajar rajin2 ni usaha pun malas belajar malas macmne nak berjaya mcm orang lain..mungkin saya rasa rezeki tempat lain. Lepasan diploma ape yang boleh buat masa tu mcm2 buat jual insurance pernah menjadi mat dispatch jual satay jual keropok bekerja di sebuah syarikat swasta sampai satu tahap baru terpikir nak serius dalam industri penternakan.

Mk usrati pada mulanya MK usrati enterprise ( tahun 2012)bermaksud m=mior (abang) k=khairuddin usrati=keluarga .setelah lama berniaga dan berjumpa dengan otai sifu yang berjaya dalam industri ternakan katanya kalau nak pergi jauh kena upgrade ke sdn bhd banyak peluang..Bagi saya peluang datang sekali sahaja.Melihat potensi ternakan ayam kampung sangat besar pada masa akan datang terus kami upgrade. Pada mulanya abah berpesan nak meniaga abah tidak ada modal duit nak bagi korang..mak pun cakap benda yang sama tapi kami degil juga nak berusaha buktikan mungkin semangat jiwa abah sebagai pejuang negara diserapkn pada kami.(cewahh).berbekalkn doa dan restu mak abah sahaja.Sebagai anak bekas tentera jiwa kena kental hati kering berani berjuang sangup menghadapi cabaran. Apa yang penting dalam perniagaan adalah ILMU pelbagai cabaran dugaan pengalaman dalam industri ayam kampung.pernah ditipu,orang nak ambil kesempatan,menangung rugi..tapi bagi saya jika ada ilmu dalam industri ini insyaAllah boleh mematangkan diri memantapkan skill dan jadikan pegajaran pegalaman yang berharga. Tipu la semasa berniaga tidak berhutang saya akui hutang memang banyak semasa mula berniaga pinjam sana sini tapi hutang tetap hutang insyaAllah berbekalkan ilmu dan pengalaman kami usaha mencari duit bayar hutang..Pada mula berniaga ilmu kurang sebab tu banyak kena tangung kerugian. Kini Mk usrati hampir tahun ke 5 (2017) berkat doa mak abah isteri mak/abah mertua rakan-rakan seperjuangan bersyukur pada Tuhan kami masih berdiri disini.Apa yang kami pelajari selama ini insyaAllah jika diberi peluang dapat berkongsi dan membantu orang lain.

Pengalaman berharga yang saya pelajari tentang ayam kmpg bermula A - Z semua kami buat sendiri pada mulanya menternak 200 ekor sahaja kini hampir 10ribu ekor. Walaupun ada bahagian yang masih belum tercapai di sebabkan kemampuan insyaAllah akan kami usaha lagi.Begitu peritnya mencari duit walaupun 1 Ringgit baru terasa kesusahan sebagai penternak bangun seawal pagi proses ayam bagi ayam makan bersihkan reban buat pemasaran buat akaun bukan xnak upah orang tetapi modal yang terhad.Pernah disakat rakan-rakan korang ni semua buat beri ayam makan bersihkan reban proses ayam hantar ayam buat pemasaran kalau tidak kaya juga tidak tahu lah. Pengalaman paling penting pemasaran dulu jualan bulanan 2ribu sahaja kini boleh mencecah 50ribu sebulan.

bagaimana buat ada cara dia.

Industri penternakan ayam kampung sangat menguntungkan jika ada ilmu dan skill insyaAllah. Ramai di luar sana saya melihat dan berjumpa sudah menjadi jutawan ayam kampung..tidak mustahil kami pun mempunyai cita-cita dan berhasrat ingin memajukan industri ayam kampung dan setanding dengan mereka..

oklah smpai sini cerita dan pengalaman kami boleh berkongsi apa yang saya boleh ringkaskan ilmu sangat penting dalam apa bidang kita ceburi dan usaha gigih tanpa putus asa positifkn diri pedulikan orang kata...akhir kata dari saya industri ternakan dapat menjana ekonomi negara dalam sektor pemakanan serta memberi peluang kerjaya pada masyarakat..

p/s jom ternak ayam kampung bagi menjana pendapatan sampingan atau jadikan sebagai kerjaya anda..

BERUSAHA,PENGORBANAN,TIDAK MUDAH PUTUS ASA PERLU ADA PADA SIFAT USAHAWAN


Coretan malam ini,

Dulu masa zaman budak-budak selalu tengok kawan-kawan naik basikal baru main kasut roda beli mainan game tv..Pernah satu hari minta abah beli basikal masa tu abah bukannya gaji besar dengan menyara kami 4 beradik yang masih sekolah. Abah cakap tidak mampu sebab nanti kalo beli satu adik yang lain juga nak beli.Abah pun tidak beli pasal nanti beli bergaduh pulak.walaupun hati memberontak tapi bagi saya tidak ada rezeki..Dari situ belajar berdikari kalau nak sesuatu kena BERUSAHA sendiri. Bermula la mencari barang-barang tepakai di tapak pelupusan sampah.Pada mulanya jumpa body basikal balik rumah repair sikit-sikit simpan dalam stor.Balik sekolah mesti singah di tapak pelupusan kerana nak sangat ada basikal .Hari demi hari mencari pulak tayar basikal sampai 5 - 6 bulan juga baru dapat sebiji basikal dengan usaha sendiri. Sama juga berniaga kalau nak berjaya kena berusaha sendiri pengorbanan masa juga penting,jangan berharap pada sesuatu yang tidak pasti,kelak pasti kecewa nanti.insyaAllah perubahan akan berlaku jika BERUSAHA,BERKORBAN apa sahaja dan TIDAK MUDAH PUTUS ASA,Tuhan itu maha adil.
Banyak perubahan jika kita berusaha.Masa jumpa sifu penternakan 5 tahun lepas teringat lagi nak jadi seperti mereka ada ladang sendiri dan berjaya.Masa mula berniaga selalu idamkan ada sebuah ladang sendiri. Sifu yang berjaya dalam industri ternakan ni rupanya mereka sudah melepasi level atau tahap kesusahan masa mereka jatuh dulu.Mereka berusaha dan tidak mudah putus asa.jangan ingat mereka senang..pengalaman mereka bagi saya tidak ternilai..Kalau dengar sifu yang berjaya ni cerita mao kita pun menagis silap-silap tidak mahu meniaga macam mereka.huhu.sudah lewat malam nanti kita akan sambung lagi...

p/s Jangan ingat hari ini meniaga esok kaya,kalau mcmtu ramai la orang nak meniaga..

Tuesday, March 21, 2017

MK USRATI SCHOOL

**MK USRATI SCHOOL PENTERNAKKAN AYAM KAMPUNG KACUK SECARA   KOMERSIAL*

Mk usrati school merupakan pusat pembelajaran ternakan ayam kampung.

KEPAKARAN DAN PENGALAMAN 5Tahun
>Pengurusan ayam kampung
>Pengurusan kewangan
>Pengurusan stok
>Teknik pemasaran
>Teknik sembelihan dan proses
>Sistem all in all out
>Menyediakan tempat ternakan ayam yang sebenar.

** FREE Sofware dan modul pengiraan kos seekor ayam di bawa khas oleh FOUNDER MK USRATI SDN BHD serta sijil MK Usrati School.

TARIKH SCHOOL (Akan dibuka April 2017)
>>sabtu (8.30pagi-6.00ptg)

MK USRATI SDN BHD
Jalan Haji Husin, Kg Rinching Hilir Bangi 43000 selangor.

RM 300 SAHAJA/seorang

Tempat terhad yang terawal pendaftaran 25org.




Friday, March 3, 2017

JOM SERTAI MKUSRATI SCHOOL PADA MARCH 2017 INI

**MK USRATI SCHOOL PENTERNAKKAN AYAM KAMPUNG KACUK SECARA KOMERSIAL*
Mk usrati school merupakan pusat pembelajaran ternakan ayam kampung.
KEPAKARAN DAN PENGALAMAN
>Pengurusan ayam kampung
>Pengurusan kewangan
>Pengurusan stok
>Teknik pemasaran
>Teknik sembelihan dan proses
>Sistem all in all out
>Menyediakan tempat ternakan ayam yang sebenar.
** FREE Sofware dan modul pengiraan kos seekor ayam di bawa khas oleh FOUNDER MK USRATI SDN BHD.

TARIKH SCHOOL
•11 march-sabtu (8.30pagi-6.00ptg)
•18 march-sabtu (8.30pagi-6.00ptg)
•25 march-sabtu (8.30pagi-6.00ptg)

MK USRATI SDN BHD
Jalan Haji Husin, Kg Rinching Hilir Bangi 43000 selangor.
RM 300 SAHAJA/seorang

Tempat terhad yang terawal pendaftaran 25org.
Pertanyaan dan tempahan