Kisah Pengalaman Kami bersama Syarikat MK Usrati Enterprise
Kenangan
farm pertama kali dibuka di Kuala Selangor, Tanjung Siam memberi
kenangan pahit dan manis serta tunjuk ajar dalam perniagaan penternakan
sumber makanan utama di Malaysia. Pada awalnya pembukaan MK Usrati Farm
di Kuala Selangor banyak yang telah kami belajar dan secara amali
menternak ayam kampung kacuk/asli , kambing, puyuh, ayam daging, ikan
keli dan ayam belanda. Di situ kami belajar mengenali habitat ternakan
secara mendalam bagaimana untuk menguruskan ternakan. Memang agak sukar
untuk meguasahakan ladang ternakan tanpa ilmu dan pengetahuan tetapi
dengan usaha yang gigih dan minat yang mendalam kami teruskan juga
sampai berjaya di masa hadapan, setelah mahir belajar pengurusan
ternakan dari segi reban, kandang, inkubator dan sebagainya, Akhirnya
kami mengambil keputusan untuk gulung tikar MK Usrati Farm di Kuala
Selangor atas masalah-masalah tertentu. Selepas itu kami mempelajari
ilmu pemasaran bersama otai-otai lama yang sudah mahir dalam bidang
ternakan ini. Kami cuba menfokuskan 100% pemasaran. Pemasaran adalah
penting bagi sesebuah syarikat yang mengeluarkan bahan mentah sendiri,
kebanyakkan ladang tutup di sebabkan lemahnya dalam pemasaran. Lebih
kurang 3bln kami mendalami topik pemasaran dan alhamdulilah hasil
pemasaran yang dibuat MK Usrati makin dikenali ramai dan dapat
memasarkan product sendiri sehingga bekalan kami tidak mencukupi.
Beberapa
bulan kami tidak memiliki ladang sendiri akhirnya kami MK Usrati sudah
memiliki ladang sendiri di Rinching Hilir dengan rakan kongsi Dato Dr
Ismail Alias. Kenaikkan reban ayam kampung kacuk dengan kapasiti
sebanyak 4ribu ekor ayam sedang dijalankan dan akan bertambah dari masa
kemasa. Beberapa gambar pembukaan ladang di Rinching Hilir.