Sunday, November 16, 2014

AYAM KAMPUNG READY UTK FROZEN

Dapatkan terus dari ladang kami.

OFFICE



Alhamdulilah kepada sesiapa yang ingin berurusan tentang ayam kampung MK Usrati boleh datang terus di office kami atau call utk temujanji.

TEMUI KAMI DI MAHA 2014 PADA 20 - 30 NOV INI

Jgn lepaskan peluang utk menikmati hidangan nasi lemak ayam kampung dan produk frozen ayam kampung di MK Usrati

Tuesday, September 16, 2014

BEKALAN AYAM KAMPUNG

Alhamdulilah ayam membesar dgn baik,tinggal beberapa hari untuk dipasarkan. Jom berminat mkn Ayam kampung dapatkan segera di MK Usrati Farm.Syarikat kami berupaya mengeluarkan produk ayam kampung dara/segar sebanyak 9k ekor dalam satu masa.

Sunday, September 14, 2014

KAPASITI REBAN MK USRATI BOLEH MENAMPUNG 9 RIBU EKOR AYAM KAMPUNG

Kami menyediakan khidmat supply ayam kampung secara borong dan berterusan, Kami akan membuat percaturan ayam kampung dimana boleh mengeluarkan setiap masa dari semasa. Kami sedia membantu anda yang memerlukan.

Sunday, August 10, 2014

JANGAN BERPUTUS ASA


EVENT AGRO HUNT MAHA 2014





LAWATAN DARI PENGARAH AGROPRENUER MUDA (MOA)


Alhamdulilah menerima kunjungan dari pengarah agroprenuer muda en arif dan pegawai kanan beliau. Kami adalah peserta agropreneur muda yang telah di daftarkan di kementerian asas tani (MOA) kedatangan beliau untuk berbincang  mengenai bantuan dan dorongan bagi mengembangkan lagi syarikat kami MK Usrati Farm di masa akan datang. Usaha kami ingin berada diperingkat yang lebih jauh hingga dapat menghasilkn produk hiliran keluaran kami sendiri. Untuk mencapai kejayaan bukan mudah dan senang ianya memerlukan usaha, kesabaran, yakin, jujur, sanggup menghadapi pelbagai risiko dan tidak pernah berputus asa.(Insyallah)

SYARIKAT KAMI MENGELUARKAN BEKALAN AYAM KAMPUNG SEGAR DARI LADANG 100% KELUARAN BUMIPUTRA



Dapatkan bekalan ayam kampung segar dan frozen MK Usrati Farm kg Rinching Hilir Bangi. Hubungi kami 0176889945 dan 0176797474 untuk keterangan lanjut.

Saturday, August 9, 2014

Keistimewaan ayam kampung

  • Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi dipasaran.
  • Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
  • Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
  • Ia juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
  • Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
  • Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan 
  • Saturday, July 5, 2014

    KENANGAN PAHIT DAN MANIS

    Kisah Pengalaman Kami bersama Syarikat MK Usrati Enterprise
                                                               
    Kenangan farm pertama kali dibuka di Kuala Selangor, Tanjung Siam memberi kenangan pahit dan manis serta tunjuk ajar dalam perniagaan penternakan sumber makanan utama di Malaysia. Pada awalnya pembukaan MK Usrati Farm di Kuala Selangor banyak yang telah kami belajar dan secara amali menternak ayam kampung kacuk/asli , kambing, puyuh, ayam daging, ikan keli dan ayam belanda. Di situ kami belajar mengenali habitat ternakan secara mendalam bagaimana untuk menguruskan ternakan. Memang agak sukar untuk meguasahakan ladang ternakan tanpa ilmu dan pengetahuan tetapi dengan usaha yang gigih dan minat yang mendalam kami teruskan juga sampai berjaya di masa hadapan, setelah mahir belajar pengurusan ternakan dari segi reban, kandang, inkubator dan sebagainya, Akhirnya kami mengambil keputusan untuk gulung tikar MK Usrati Farm di Kuala Selangor atas masalah-masalah tertentu. Selepas itu kami mempelajari ilmu pemasaran bersama otai-otai lama yang sudah mahir dalam bidang ternakan ini. Kami cuba menfokuskan 100% pemasaran. Pemasaran adalah penting bagi sesebuah syarikat yang mengeluarkan bahan mentah sendiri, kebanyakkan ladang tutup di sebabkan lemahnya dalam pemasaran. Lebih kurang 3bln kami mendalami topik pemasaran dan alhamdulilah hasil pemasaran yang dibuat MK Usrati makin dikenali ramai dan dapat memasarkan product sendiri sehingga bekalan kami tidak mencukupi.
    Beberapa bulan kami tidak memiliki ladang sendiri akhirnya kami MK Usrati sudah memiliki ladang sendiri di Rinching Hilir dengan rakan kongsi Dato Dr Ismail Alias. Kenaikkan reban ayam kampung kacuk dengan kapasiti sebanyak 4ribu ekor ayam sedang dijalankan dan akan bertambah dari masa kemasa. Beberapa gambar pembukaan ladang di Rinching Hilir.













    BEKALAN AYAM KAMPUNG DI MUSIM PERAYAAN




    Dapatkan Harga Terhebat di Musim Perayaan nanti
    SEGAR DARI LADANG

                                                               







    Wednesday, April 16, 2014

    DAPATKAN BEKALAN DARI MK USRATI FARM

    Salam kami ada membekal ayam kampung hidup dan proses secara berterusan dapatkan dari MK Usrati segera, Selain itu anak ayam kampung kacuk/ori kami turutmembekal kepada yang berminat hubungi kami segera.

    Monday, January 13, 2014

    MENAIKTARAF REBAN AYAM KAMPUNG KAPASITI 2RIBU EKOR

    DAPATKAN BEKALAN AYAM KAMPUNG KACUK/ORI DI RICHING HILIR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN INI 



    PROJECT IKAN
    Aktiviti Terbaru kami Project Penternakan Ikan Air Tawar (Lampam, puyu) secara Komersial Tahun 2014.Cawangan pertama yg berada di Sg Merab Bangi dlm proses membaik pulih kolam dan Cawangan kedua di putra perdana puchong. Masih lg dalam proses penyelenggaraan tapak insyallah kami berdoa agar segala urusan di permudahkn apa yg dirancang.

    CAW. di BANGI



    CAW di PUCHONG