Di bawah bimbingan Jabatan Vaterinar Negeri Selangor, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan PPK Beranang.
Sunday, May 15, 2016
USAHASAMA AYAM KAMPUNG
Alhamdulilah semoga dipermudahkan segala urusan tepat jam 12.30 tanggal 15 Mei 2016 (AHAD) satu perjanjian MOU telah dilaksanakan USAHASAMA AYAM KAMPUNG antara MK USRATI ENTERPRISE 002188095-H dan ARISPROP SDN BHD 985394-D atas persetujuan bersama DI ladang MK usrati Enterprise.Insyallah diharapkan segala urusan diberkati dan dipermudahkan, JOM MAKAN AYAM KAMPUNG BAIK UNTUK KESIHATAN.
![]() |
Lawatan kami di ladang ternakan ayam kampung ARISPROP SDN BHD |
Wednesday, April 20, 2016
PEMBINAAN RUMAH BSFL UTK MAKANAN TAMBAHAN TERNAKAN MKUSRATI
Alhamdulilah dalam rangka pembinaan rumah BSFL utk makanan tambahan kepada ternakan ayam kampung mkusrati. Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens
adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang
tempoh ia dalam betuk seekor lalat. Ia hanya
mengawan dan bertelur. Pelikkan? Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat
dari lalat ni. Terutama bagi kita para
penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!
Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier
fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan
ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah. Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar
bsfl yang mengandungi protein yang tinggi iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas
dan ikan.
Kandungan nutrient dalam bsfl adalah 17 - 42 % protein.
Friday, March 18, 2016
LANGKAH-LANGKAH PERLU TAHU DALAM BIDANG PENTERNAKAN AYAM
1. Pemantauan berkala setiap hari harus dilakukn untuk memastikan kesihatan ternakan kita dalam keadaan baik,sihat dan hindar dari penyakit.
2. Setiap reban haruslah direkodkan segala butir-butir kegunaan dedak, kematian,tahap kesihatan
dan paling penting umur ternakan kita bagi memudahkan urusan operasi.
3. Anak Ayam hendaklah diberikan makanan yang berpotensi tinggi supaya anak ayam dapat
memanaskan badannya ketika waktu malam tidak lupa juga tempat tido anak ayam hendaklah
selesa.
4. Penjagaan anak ayam tidak semudah yang disangkakan kerana dalam tempoh 1 - 14 hari.
perlu dikawal rapi kerana tempoh ini anak ayam mudah mati.
5. Alhamdulilah ayam admin dalam keadaan sihat dan ceria,kadar kematian di farm MK Usrati
adalah 5% dari jumlah ternakan.
PERKONGSIAN PENGALAMAN
Alhamdulilah dapat bertukar pandangan,ilmu,pengalaman dalam ternakan ayam kampung bersama peserta Maktab Koperasi Malaysia. Terima Kasih diucapkan pada semua yg terlibat dalam program ini.
Sunday, September 13, 2015
PEMBESARAN ANAK AYAM
Penjagaan dari peringkat DOC haruslah menekan aspek kebersihan dan keselesan pada anak ayam tersebut ini akan menghasilkan tumbesaran yang baik dan sempurna ia juga dapat mengurangkan kadar kematian yang sangat tinggi.Anak ayam yang baru tiba akan diletakkan di dalam lingkaran yang berbentuk bulat dan beralaskan habuk kayu. Pastikan anak ayam kampung diberi makan secukupnya tiba waktu malam ianya dapat menghasilkan haba yang dapat membantu ayam dari kesejukkan. Tujuan lingkaran yang berbentuk bulat adalah supaya anak ayam tidak berkumpul di setiap buju yang akan mengakibatkan mati terhempit sesama sendiri manakala habuk kayu tujuannya adalah untuk mengekalkan suhu kepanasan kepada anak ayam yang baru lahir. Dari segi aspek pemakanan dari awal haruslah memberikan dedak starter 201C yang berwarna hitam selama sebulan , selepas sebulan ayam akan diberi dedak grower dan dicampurkan bersama jagung. Anda juga boleh memberikan sisa makanan untuk mengurangkan kos,sisa makanan ini diberikan pada ayam berumur sebulan keatas.Disamping itu juga pengunaan EM secara konsisten dari peringkat awal dapat memberikan ayam sihat dan mengurangkan bau tahi ayam serta mengurangkan lalat. Penjagaan ayam yang baik dapat menghasilkan keputusan yang membanggakan.
Alhamdulilah pembesaran yang sangat baik
Wednesday, September 2, 2015
MELAHIRKAN USAHAWAN MUDA

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
Subscribe to:
Posts (Atom)