Thursday, August 13, 2015

PRODUK SEJUK BEKU

Beberapa keluaran produk hiliran akan dikeluarkan tidak lama lagi.Rasai kelazatan ayam kampung MKUsrati.

Antara produk sejukbeku kami seperti berikut:
  • Rendang Ayam Kampung (RM7.90)
  • Ayam Kampung Biasa (RM13.90)
  • Ayam Berempah (RM19.90)
  • Asam Pedas (RM7.90)    




Sunday, February 15, 2015

MK USRATI


SELAMAT DATANG KE BLOG MK USRATI FARM

Kepada anda diluar sana yang masih tidak mengetahui kami MK Usrati Farm perniagan apa? Disini kami memaklumkan MK Usrati Ent adalah sebuah perniagaan penternakan asas tani dan produk hiliran keluaran 100% anak bumiputra. Salah satu ternakkan pertama yang kami usahakan adalah ayam kampung yang diternak secara komersial sebanyak 8k ayam kampung, untuk menternak ayam kampung ini tidak lah begitu senang seperti mana kita bela di kampung halaman, untuk menternak ayam kampung dengan jumlah yang besar banyak cabaran dan rintangan yang kita harus bersedia menghadapinya. Pada permulaan MK Usrati Farm menternak ayam kampung memang agak susah tapi lama kelamaan agak senang dengan berbekalkan pengalaman,ilmu,skill dan tip-tip penjagaan yang diperolehi dari kawan-kawan dan sifu-sifu yang telah lama menjalankan aktiviti ternakan yang sudi berkongsi bersama kami,dari situ lah MK Usrati Farm belajar kenaikan dan kegagalan. Untuk maklumat anda semua MK Usrati Farm ditubuhkan pada akhir tahun 2012 sehingga lah sekarang. Perancangan MK Usrati Farm di masa akan datang akan membawa beberapa jenis ternakan seperti kambing, lembu,rusa dan burung puyuh secara berperingkat. Ikuti aktiviti-aktiviti kami dari semasa ke semasa dan harapan kami supaya MK USRATI FARM dikenali seluruh Malaysia berasaskan produk bersih dan suci. INGAT AYAM KAMPUNG INGAT MK USRATI

Gambar diatas cawangan reban ayam kampung kami yang diternak oleh MK Usrati dan Meranti Orchard (MEOR).

 Project ikan air tawar masih dalam penyelengaraan




Ofis MK Usrati Farm yang diperbuat daripada kayu pine khas dari aussie 


 BAJA tahi ayam kampung pun turut kami sediakan kepada yang berminat boleh dapatkan dari MK Usrati Farm.




 

Pemangsa ular sawa yang berjaya di tangkap memasuki reban ayam kampung seberat 18kg dan panjang 12kaki

MK Usrati Farm juga mengeluarkan produk sejuk beku siap bungkus kepada pelanggan-pelanggan kami. Untuk tidak ketinggalan dgn produk kami boleh ikuti kami di blog atau di facebook.

Sunday, November 16, 2014

AYAM KAMPUNG READY UTK FROZEN

Dapatkan terus dari ladang kami.

OFFICE



Alhamdulilah kepada sesiapa yang ingin berurusan tentang ayam kampung MK Usrati boleh datang terus di office kami atau call utk temujanji.

TEMUI KAMI DI MAHA 2014 PADA 20 - 30 NOV INI

Jgn lepaskan peluang utk menikmati hidangan nasi lemak ayam kampung dan produk frozen ayam kampung di MK Usrati

Tuesday, September 16, 2014

BEKALAN AYAM KAMPUNG

Alhamdulilah ayam membesar dgn baik,tinggal beberapa hari untuk dipasarkan. Jom berminat mkn Ayam kampung dapatkan segera di MK Usrati Farm.Syarikat kami berupaya mengeluarkan produk ayam kampung dara/segar sebanyak 9k ekor dalam satu masa.

Sunday, September 14, 2014

KAPASITI REBAN MK USRATI BOLEH MENAMPUNG 9 RIBU EKOR AYAM KAMPUNG

Kami menyediakan khidmat supply ayam kampung secara borong dan berterusan, Kami akan membuat percaturan ayam kampung dimana boleh mengeluarkan setiap masa dari semasa. Kami sedia membantu anda yang memerlukan.