Wednesday, August 10, 2022

Perkongsian Ternakan Ayam bersama Koperasi Juang Sama Selangor Berhad anjuran Maktab koperasi Malaysia




 

KENALI MK USRATI

Pasti anda tertanya-tanya dari mana datangnya MK Usrati?

MK Usrati merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh gabungan dua adik-beradik, Mior Ahmad dan Khairuddin. Di situ la datangnya maksud MK , bukan MK K-clique ye hehe, manakala usrati pula bermaksud keluarga dimana ia diperoleh dari perkataan bahasa arab. Maka, dengan gabungan itu., terhasil la nama MK Usrati.

Sejarah MK Usrati
MK Usrati merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan operasi penternakan ayam, di mana syarikat ini tidak asing lagi di dalam pasaran Malaysia. Pada 27 Disember 2012, MK Usrati ditubuhkan sebagai syarikat enterprise, dan akhirnya telah didaftarkan sebagai MK Usrati Sdn Bhd setelah 4 tahun beroperasi pada 5 Ogos 2016.

Tugas MK Usrati Sdn Bhd
Syarikat ini sentiasa komited dan bekerjasama dengan industri penternakan ayam dan pengeluaran ayam daging di Malaysia. Syarikat ini menjalankan operasi dalam penternakan, penyembelihan, pembungkusan, pemasaran, dan bertanggungjawab dalam mengedarkan ayam segar secara langsung daripada ladang ke pelanggan.