Wednesday, April 20, 2016

PEMBINAAN RUMAH BSFL UTK MAKANAN TAMBAHAN TERNAKAN MKUSRATI


    Alhamdulilah dalam rangka pembinaan rumah BSFL utk makanan tambahan kepada ternakan ayam kampung mkusrati. Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang tempoh ia dalam betuk seekor lalat.  Ia hanya mengawan dan bertelur.  Pelikkan?  Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat dari lalat ni.  Terutama bagi kita para penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!

    Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah.  Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar bsfl yang mengandungi protein yang tinggi  iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas dan ikan. 
Kandungan nutrient dalam bsfl adalah 17 - 42 % protein.