Sunday, September 4, 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJA DI BOGOR DALAM INDUSTRI TERNAKAN AYAM KAMPUNG






Alhamdulilah dapat menimba ilmu di negara jiran Indonesia, Bogor dalam penternakan ayam kampung secara komersial. yang paling teruja dapat bersua muka bersama owner sumber unggas (pembiakan ayam kampung asli) yang dikata terbesar di negara indonesia.

Sunday, May 15, 2016

LESEN TERNAKAN UNGGAS MK USRATI




Ternakan Ayam Kampung MKusrati
Di bawah bimbingan Jabatan Vaterinar Negeri Selangor, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan PPK Beranang.

USAHASAMA AYAM KAMPUNG

Alhamdulilah semoga dipermudahkan segala urusan tepat jam 12.30 tanggal 15 Mei 2016 (AHAD) satu perjanjian MOU telah dilaksanakan USAHASAMA AYAM KAMPUNG antara MK USRATI ENTERPRISE 002188095-H dan ARISPROP SDN BHD  985394-D atas persetujuan bersama DI ladang MK usrati Enterprise.Insyallah diharapkan segala urusan diberkati dan dipermudahkan, JOM MAKAN AYAM KAMPUNG BAIK UNTUK KESIHATAN.

Lawatan kami di ladang ternakan ayam kampung ARISPROP SDN BHD



Wednesday, April 20, 2016

PEMBINAAN RUMAH BSFL UTK MAKANAN TAMBAHAN TERNAKAN MKUSRATI


    Alhamdulilah dalam rangka pembinaan rumah BSFL utk makanan tambahan kepada ternakan ayam kampung mkusrati. Black soldier fly atau nama saintifiknya Hermetia illucens adalah sejenis lalat yang aneh kerana ia tidak makan sepanjang tempoh ia dalam betuk seekor lalat.  Ia hanya mengawan dan bertelur.  Pelikkan?  Tp dalam peliknya, banyak rupanya manfaat dari lalat ni.  Terutama bagi kita para penternak ayam dan unggas lainnya. Jom kita bongkar!!

    Ulat lalat jenis ini yang kita kenali sebagai black soldier fly larvae (bsfl) boleh digunakan dalam aktiviti menguruskan sisa najis haiwan ternakan contohnya ayam, juga berkesan dalam mengawal populasi lalat rumah.  Selain dari itu, terdapat satu lagi manfaat besar bsfl yang mengandungi protein yang tinggi  iaitu sebagai makanan ternakan termasuk unggas dan ikan. 
Kandungan nutrient dalam bsfl adalah 17 - 42 % protein.

Friday, March 18, 2016

LANGKAH-LANGKAH PERLU TAHU DALAM BIDANG PENTERNAKAN AYAM

1. Pemantauan berkala setiap hari harus dilakukn untuk memastikan kesihatan ternakan kita dalam keadaan baik,sihat dan hindar dari penyakit. 
    2.  Setiap reban haruslah direkodkan segala butir-butir kegunaan dedak, kematian,tahap kesihatan  
                            dan paling penting umur ternakan kita bagi memudahkan urusan operasi. 
    3. Anak Ayam hendaklah diberikan makanan yang berpotensi tinggi supaya anak ayam dapat 
               memanaskan badannya ketika waktu malam tidak lupa juga tempat tido anak ayam hendaklah 
               selesa.
    4. Penjagaan anak ayam tidak semudah yang disangkakan kerana dalam tempoh 1 - 14 hari. 
                      perlu dikawal rapi kerana tempoh ini anak ayam mudah mati. 
    5. Alhamdulilah ayam admin dalam keadaan sihat dan ceria,kadar kematian di farm MK Usrati 
                                          adalah 5% dari jumlah ternakan.





PERKONGSIAN PENGALAMAN

Alhamdulilah dapat bertukar pandangan,ilmu,pengalaman dalam ternakan ayam kampung bersama peserta Maktab Koperasi Malaysia. Terima Kasih diucapkan pada semua yg terlibat dalam program ini.