Sunday, September 13, 2015

PEMBESARAN ANAK AYAM

Penjagaan dari peringkat DOC haruslah menekan aspek kebersihan dan keselesan pada anak ayam tersebut ini akan menghasilkan tumbesaran yang baik dan sempurna ia juga dapat mengurangkan kadar kematian yang sangat tinggi.Anak ayam yang baru tiba akan diletakkan di dalam lingkaran yang berbentuk bulat dan beralaskan habuk kayu. Pastikan anak ayam kampung diberi makan secukupnya tiba waktu malam ianya dapat menghasilkan haba yang dapat membantu ayam dari kesejukkan. Tujuan lingkaran yang berbentuk bulat adalah supaya anak ayam tidak berkumpul di setiap buju yang akan mengakibatkan mati terhempit sesama sendiri manakala habuk kayu tujuannya adalah untuk mengekalkan suhu kepanasan kepada anak ayam yang baru lahir. Dari segi aspek pemakanan dari awal haruslah memberikan dedak starter 201C yang berwarna hitam selama sebulan , selepas sebulan ayam akan diberi dedak grower dan dicampurkan bersama jagung. Anda juga boleh memberikan sisa makanan untuk mengurangkan kos,sisa makanan ini diberikan pada ayam berumur sebulan keatas.Disamping itu juga pengunaan EM secara konsisten dari peringkat awal dapat memberikan ayam sihat dan mengurangkan bau tahi ayam serta mengurangkan lalat. Penjagaan ayam yang baik dapat menghasilkan keputusan yang membanggakan.
Alhamdulilah pembesaran yang sangat baik

Wednesday, September 2, 2015

MELAHIRKAN USAHAWAN MUDA

Bakal Usahawan Ternakan Ayam Kampung izzati dan adiknya sdg mengikuti pembelajaran asas di MK Usrati Ent. Segala ilmu akan kami curahkan,insyallah semoga beliau dan adiknya memperolehi kejayaan, mereka diberi peluang untuk merasai dan menjiwai sendiri dunia seorang penternak ayam kampung di MKUsrati Ent. Kami bantu sebaik yang mungkin..ikuti perkembangan terbaru mereka di MKUsrati dgn hasil kejayaan menternak 500ekor ayam kampung dari anak hingga besar.
                    PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN