ENAKNYA menikmati ayam kampung goreng yang masih panas. Biarpun hanya
dibubuh garam, isinya yang manis dan pejal sudah cukup untuk membangkit
selera. Khasiat ayam kampung tidak perlu dipertikaikan. Berprotein
tinggi tetapi rendah kandungan kolestrol menjadikan ia makanan sihat.
“Orang kita sekarang suka makan ayam kampung kerana banyak khasiat,
selain tiada suntikan. Untuk menggoreng, garam saja sudah cukup kerana
ia memang sedap. Warna kuning tetap timbul secara semula jadi walaupun
digoreng tanpa kunyit,”