DAGING
kambing dikatakan sebagai panas, mereka yang menghidap penyakit tekanan darah
tinggi mungkin tidak mahu mengambil daging kambing kerana percaya ia akan
meningkatkan tekanan darah.
Namun
pandangan ini disanggah pakar bioteknologi pembiakan, Prof Dr Ramli Abdullah
yang mana katanya, kadar lemak kambing hampir sama dengan ayam iaitu kira-kira
tiga peratus.
Apa
yang berlaku ialah mereka mungkin mengambil daging kambing biri-biri kerana
berbanding kambing, peratus lemak dalam biri-biri ialah sebanyak 16 peratus.
Mengenai
panas, sememangnya daging kambing panas dan kerana itu penduduk di negeri China
gemar mengambil daging kambing pada musim sejuk kerana ia dapat memanaskan
badan, katanya.
Katanya,
persepsi makan daging kambing boleh meningkatkan tekanan darah sudah lama di
kalangan masyarakat kita dan apa yang berlaku, faktor psikologi yang mungkin
meningkatkan tekanan darah seseorang.
Ini
kerana, persepsi itu sudah disematkan dalam kepala dan dengan mengambil daging
kambing, secara psikologi ia mungkin meningkatkan tekanan darah kerana
seseorang itu mungkin berasa risau terhadap kesan yang mungkin dialami,
katanya.
Digolongkan
sebagai daging merah, daging kambing mempunyai rasa unik dan ia dikelaskan
sebagai cabrito atau chevon bergantung kepada usia ternakan ini disembelih.
Cabrito
ialah daging kambing yang berusia seminggu dan banyak digunakan untuk tujuan
barbeku serta digemari kumpulan etnik tertentu, manakala chevon pula daging
kambing dewasa.
Bagi 100 gram daging kambing yang dipanggang ia mengandungi 143 kalori, 27 gram protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium dan 75 miligram kolestrol.
Bagi 100 gram daging kambing yang dipanggang ia mengandungi 143 kalori, 27 gram protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium dan 75 miligram kolestrol.
Secara
perbandingan, bagi setiap 3 auns daging kambing yang dimasak ia mengandungi
2.58 gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri yang mengandungi
16 gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu.
Kata
Prof Ramli, ini jelas menunjukkan kadar lemak dan kolestrol pada daging kambing
kurang daripada biri-biri dan lembu. Malah, sebuah universiti di New York juga
menjalankan kajian yang mana daging kambing diberikan kepada penghidap penyakit
kardiovaskular.
Seperti
juga dagingnya, susu kambing mempunyai khasiat tertentu dan dijadikan antara
susu alternatif, tambahan kepada susu ibu. Ia dikatakan lebih mudah diresapi,
rendah lemak serta laktosa dan kaya kandungan protein.
Nikotinik
asid yang terkandung di dalam susu kambing dikatakan membantu fungsi
pencernaan, memperbaiki kesihatan kulit, meningkatkan pengaliran darah serta
menghalang migrain juga menghilangkan bau nafas.
Meminum
segelas susu kambing panas sebelum tidur mampu memberikan tidur yang nyenyak
dan ia juga baik bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi masalah
kencing malam (bed-wetting).
Sebuah buku yang ditulis untuk Majlis Penyelidikan Asma dan Persatuan Eczema Kebangsaan mencadangkan penggunaan produk berasaskan kambing bagi merawat lelah, eczema serta masalah kulit.
Sebuah buku yang ditulis untuk Majlis Penyelidikan Asma dan Persatuan Eczema Kebangsaan mencadangkan penggunaan produk berasaskan kambing bagi merawat lelah, eczema serta masalah kulit.